About Us

Pada tahun 1996, sekumpulan doktor perubatan dan ahli farmasi yang diketuai oleh Dr. Nalinee Paiboon yang dedikasi telah membuat keputusan untuk berkongsi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman mereka untuk melakukan kajian dan menghasilkan produk yang berkualiti untuk penduduk Thailand. Mereka telah berjaya menghasilkan sebilangan produk kosmetik, rawatan badan barangan keperluan rumah dan makanan tambahan.

Semua produk ini kemudianya diberi jenama Giffarine. Produk ini dirumus khas menggunakan bahan mentah bermutu dari dalam dan luar negeri  termasuklah bahan herba yang telah terkenal dan digunakan sejak turun temurun bagi menghasilkan produk yang bermutu tinggi. Falsafah Giffarine yang meletakkan kejujuran dan tanggungjawab untuk pelanggan telah memberikan kejayaan besar kepada Giffarine.

Kini selepas 20 tahun, hampir 2000 jenis produk yang dihasilkan oleh Giffarine telah berupaya mengikut rentak pertumbuhan masyarakat Thailand dan nama ini telah terkenal dan diterima baik di seluruh negara. Giffarine mudah diterima dan berkembang pesat di kalangan masyarakat Thailand.

Kilang Giffarine terletak di kawasan perindustrian Navanakorn Bangkok, Thailand dengan keluasan kawasan adalah 8 ekar. Dengan kos pembinaan RM 70 juta dan keluasan lantai Kilang 39,000 meter persegi. Kilang ini mengeluarkan 20 juta unit produk  setiap bulan dan jumlah jualan RM 600 juta setahun bagi tahun 2016.

Kilang Giffarine menggunakan teknologi tinggi dan terkini agar produk yang dihasilkan adalah selamat digunakan dan tiada kesan sampingan. Kilang yang bertaraf antarabangsa dan mendapat pengiktirafan GMP, HACCP, ISO & HALAL.

Kini rangkaiaan produk Giffarine telah di pasarkan ke lebih 40 buah Negara di seluruh dunia  termasuk USA, Jepun, Dubai, Jerman, Perancis dan lain-lain.


Anugerah dan Pencapaian:
1. Pertama di kalangan Industri Kosmetik Thailand yang menerima pensijilan ISO9001 dari BVQI
2. Pengiktirafan simbol halal dari Majlis Agama Islam Thailand yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia (CICOT)
3. Simbol ‘Jenama Thailand’ dari jabatan promosi eksport, Kemeterian Perdagangan Thailand
4. Anugerah Tumbuhan Herba Tahunan Tahun 2001 (Curmin) Dan 2002 (Fa-Ta-Lai-Jon) Dari
Jabatan Sains Perubatan, Kemeterian Kesihatan Awam, Thailand
5. ISO 9001 pensijilan untuk produk makanan herba dari institut BVQI
6. Pensijilan GMP dari Pengurusan Makanan Dan Dadah, Kementerian Kesihatan Awam, Thailand
7. Pensijilan GMP untuk pengeluaran kosmetik
8. Pensijilan GMP untuk pengeluaran ubatan herba
9. Pensijilan GMP untuk pengeluaran makanan dari Institut BVQI
10. Pengiktirafan pengilangan dengan ISO / IEC 17025 yang menepati syarat – syarat oleh Jabatan Sains Perubatan, Kementerian Kesihatan Awam, Thailand
11. Pensijilan ‘Hazard Analysis And Critical Control Point’ dari institut BVQI
12. Sijil keselamatan makanan dari kemeterian kesihatan Awam, Thailand
13. Anugerah Pengesport terbaik Perdana Menteri Thailand 2005
14. Didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia
Anda akan dijamin “ setiap kali anda menggunakan produk Giffarine, ia akan memberi mutu, keselamatan dan kepuasan yang berpanjangan” berasaskan perubatan yang berintegriti, kejujuran dan rasa tanggungjawab kepada setiap pelanggan.